Selamat Datang ke Laman Web BMM3105

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
 
Hasil Pembelajaran
 
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
 
 
Sinopsis:
 
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
 
 
 
 
 

MAKLUMAN

Makluman Kepada Guru-Guru PPG Yang Mengikuti Kursus BMM3105: Pengajaran BM Berbantukan Komputer

27/07/2012 11:03
Kelas BMM3105 pada hari Sabtu bersamaan 28.7.2012  jam 8.00-10.00 pagi akan dijalankan di Blok Beringin untuk kelas A,B dan C. Pastikan setiap kumpulan telah mempunyai akaun webnode  dan telah mengorak langkah membina laman web. Sila bawa broadband sendiri. Sila hubungi penyelaras...

TAHNIAH!!!!

27/04/2012 09:17
Tahniah kepada anda semua yang telah berjaya melaksanakan seminar dan pameran pada hari Rabu dan Khamis. Saya sedang memberikan markah terhadap semua tugasan yang anda semua lakukan sepanjang semester ini. Sila perbaiki komen-komen yang diberikan supaya tidak mengurangkan markah anda semua. Sila...

Kelas Hari Rabu dan Khamis

05/03/2012 13:37
Saya akan membuat penyeliaan praktikum di Klang pada 7/3/12-9/3/2012. Jadi, masa saya pada hari Rabu(2jam) dan Hari Khamis (1jam) hendaklah anda siapkan tugasan amali yang telah saya berikan. Hasilan bahan dan RPH hendaklah dimuat naik ke dalam laman web masing-masing. Setelah selesai 3 jam...

Simulasi P&P Atas Talian

21/02/2012 11:31
Simulasi akan dijalankan pada hari Khamis (23.2.2012) di bilik BP2-4. Semua pelajar guru diminta membawa komputer dan broadband. Ketua kelas hendaklah membuat persiapan untuk rakaman video supaya tidak timbul masalah seperti dulu. Kumpulan yang akan membuat simulasi ialag kumpulan 3 dan 10.

Simulasi P&P

14/02/2012 11:27
Kumpulan yang akan membuat simulasi p&p pada hari Rabu 15.2.2012  ialah kumpulan 6 dan 8. Sila buat persiapan rapi dan lengkap dengan bbm. P&P akan dirakam dan akan dimuat naik ke laman web utama. Sekian, terima kasih

Pembentangan RPH Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat dan Model Pembelajaran Gagne

08/02/2012 11:25
Tarikh     : 9.2.2012           Masa     : 11.30 pagi                  Tempat   : Kelas BP2-4    

Masa itu emas. Jangan biarkan masa meninggalkan kita dengan sia-sia

29/01/2012 20:58
Harap semua pelatih guru berusaha untuk menyiapkan kerja kursus projek terutama pembinaan web pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu kerana selepas ini anda perlu menyiapkan perisian multimedia pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Rujuk 'count down' di bawah untuk melihat...

Soalan Kerja Kursus Projek

09/01/2012 14:30
Semua pelatih guru dikehendaki muat turun soalan kerja kursus projek.

Kad Matrik

05/01/2012 21:56
Semua pelajar guru T2PM diwajibkan memakai kad matrik ketika berada di dalam kelas atau makmal komputer. Harap maklum, terima kasih

Kelas BMM3105

05/01/2012 11:42
Kelas pada Isnin - 8.00-10.00 pagi, Rabu - 10.00-12.00 t/h dan Khamis - 11.30-1.30 petang. Semua pelajar dikehendaki membawa komputer riba dan broadband sendiri. Harap maklum, terima kasih