Kata Prafrasa

Kata Prafrasa
 Perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
 Terbahagi kepada beberapa jenis

Kata Bantu
Kata bantu aspek
- Suasana perbezaan masa.
- Pernah,sudah,telah,belum,sedang,masih
Contoh : Dia masih belajar.

Kata bantu ragam
- Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan.
- Harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapat.
Contoh : Rina hendak berhijrah ke Kuala Lumpur

Kata Penguat
 Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
 Kata penguat hadapan – kedudukannya adalah di hadapan kata adjektif.
- Paling, terlalu, agak.
- Contoh : Maimunah adalah gadis paling comel di institut itu.
• Kata penguat belakang – Di belakang kata adjektif.
- Sekali, benar, dan nian
- Contoh : Indah nian

Kata penguat bebas – Sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.
- Sungguh, amat, sangat
- Contoh : Dia sangat gembira / Dia gembira sungguh.


Kata Penegas
 Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah
] Siapakah yang memakai baju merah itu?
 Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah
] Siapakah yang memakai baju merah itu?


Kata Nafi
 Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.
 Tidak dan bukan
 Contoh :
- Baju ini bukan untuk Suzi tetapi untuk adik saya.
- Sungai itu tidak dalam sangat.


Kata Pemeri
 Perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat.
 Contoh :
- Dia ialah sasterawan negara.
- Buku itu adalah kepunyaan adik.


Kata Arah
 Menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara.
 Digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya disertai oleh kata sendi nama.
- Contoh : Bola itu di bawah meja.


Kata Bilangan
 Jumlah atau bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada lima :
- Bilangan tentu : satu, dua, tiga, empat
- Bilangan tak tentu : beberapa, seluruh
- Bilangan himpunan : bertin-tin, berhari-hari
- Bilangan pisahan : masing-masing, tiap-tiap
- Bilangan pecahan : separuh, setengah,

Kata Sendi Nama
 Biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama.
 Contoh : di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk