Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat

  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

  • Membina bahan.

______________________________________________________________________________________________________________________________________

1. Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat

Latihan amali 1

Cari maklumat tentang Model Pemprosesan Maklumat Pembelajaran Dan Memori Gagne

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT PEMBELAJARAN DAN MEMORI GAGNE (MPMPMG)

Berdasarkan Teori Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori itu, Robert Gagne telah memperkenalkan Model Pembelajaran Sembilan Adegan seperti berikut:

Proses Pembelajaran Adegan/Fasa Pembelajaran

1. Memberikan perhatian

1. Menarik perhatian
2. Membentuk pengharapan 2. Beritahu objektif  p&p - tingkatkan motivasi & jangkaan
3. Memasukkan ingatan lampau ke dalam ingatan jangka pendek 3. Merangsangan ingatan masa lampau
 

4. Buat persepsi selektif  terhadap rangsangan baru

4. Mempersembahkan maklumat baru / isi pelajaran
5. Enkodkan ke dalam memori jangka panjang/menyimpan ingatan 5. Menyediakan panduan pembelajaran
6. Ingat kembali dan memberikan respons 6. Menyediakan latihan
7. Pengukuhan 7. Memberikan maklum balas
8. Menilai/meninjau pencapaian
8. Pengingatan 9. Meneguhkan ingatan dan pemindahan pelajaran

 

Prinsip Pembelajaran:

1. Perhubungan - situasi rangsangan mesti diikuti oleh tindak balas yang dikehendaki

2. Pengulangan - pembelajaran akan berkesan dengan cara pengulangan dan peneguhan

3. Peneguhan - pembelajaran akan berkesan apabila diikuti oleh ganjaran

 

Lima Kategori Pembelajaran:

1. Maklumat verbal - kepelbagaian cara penyampaian maklumat, konteks bermakna, memberikan kue yang efektif untuk mengingat, dll

2. Kemahiran intelektual - membuat perbezaan, mengenal pasti jenis-jenis maklumat, memberikan definisi, memahami hukum dan aplikasi hukum atau peraturan untuk menyelesaikan masalah dll

3. Strategi kognitif - memberikan panduan atau cara belajar, berfikir, kreativiti dll

4. Sikap/perlakuan - memberikan pengharapan, maklum balas positif

5. Kemahiran motor - belajar dengan aktif dengan cara melakukan pergerakan untuk mempersembahkan maklumat, memngingati maklumat, galakkan latihan berfikir dll

 

_______________________________________________________________________________________

2. Membina bahan p&p berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori Gagne

Latihan amali 2

Rancang satu rancangan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan teori pemprosesan maklumat dan model pembelajaran di atas

 

a. Satu RPH bahasa Melayu sekolah rendah selama 60 minit p&p

b. Tunjukkan pengaplikasian model pembelajaran yang berasaskan teori pemprosesan maklumat yang telah anda fahami  dalam perancangan RPH anda

c. P&P mesti menggunakan laman web yang telah anda pilih untuk mengajar kemahiran yang telah dirancang.

.

Format RPH :

Tarikh:

Masa:

Tahun:

Bil. Murid:

Tema:

Tajuk:

Objektif:

Fokus utama:

Fokus sampingan:

Kemahiran bahasa:

Sistem bahasa:

Pengisian kurikulum:

    - ilmu

    - nilai

    - kemahiran nilai tambah:

Pengetahuan sedia ada:

Bahan sumber p&p:

Langkah (masa) Aktiviti P&P Catatan aplikasi model pembelajaran
Set induksi    
Langkah 1    
Langkah 2    
Langkah 3    
Penutup    

Aktiviti lanjutan

_____________________________________________________________________________________________

3. Mengaplikasi model pembelajaran Gagne berasaskan model pemprosesan maklumat Gagne dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

a. Simulasikan RPH yang telah dirancang

b. Simulasi akan dirakam dan di muat naikkan ke dalam laman web anda