Kata Penyambung Ayat

(i) Kata hubung pancangan relatif – Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Contoh;
a. Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.


(ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen;
a. Terdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’,
b. Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.
Contoh;
†Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
†Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.

(iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan
 Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
 Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala
Contoh;
 Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
 Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya